Saturday, November 8, 2014

2014 : Its November! Time for...Perth Australia!! Preparation

Alhamdulillah..hari ni dah masuk 1 November 2014. Insha Allah, pada 9 November 2014, kami akan ke Perth, Western Australia. Percutian kali ni macam biasa kami sekeluarga berempat akan mengembara tanpa menggunakan sebarang khidmat agent. Semua book dan plan sendiri. Syukur, setakat hari ni, flight, hotel, transportation, currency semua dah ready.
Pic credit google

Ok,kenapa kami Perth? Instead of Sydney, Melbourne or Brisbane (Gold Coast)...satu je reason nya. Perth paling senang nak pergi, iaitu dari Labuan-KK-Perth.  Satu lagi Perth merupakan sebuah bandar yang kurang sibuk kalau compare dengan city yang lain
    Ok kita cerita satu-satu plan dan preparation yang bermula sejak bulan Jun. Betul-betul lepas balik dari Bali..aduss..heheh..

    Flight
    Book dengan MAS June 2014. By connecting flight MAS Labuan-KK-Perth. Masa bulan Jun pula kebetulan ada promotion dan harganya sangat lah berbaloi. Untuk 4 orang return flight Labuan-KK-Perth its only cost us less than RM5k.

    Tapi, up to date, our flight route kena tukar dari Lbu-KK-Perth kepada Lbu-KUL-Perth. Sebabnya ada beberapa perubahan masa yang menyebabkan flight kami tak dapat connecting via this route. So kami akan transit di KL for 3 hours pada 9 November 2014 nanti.

    Hotel
    Kami book 4 apartment sepanjang 6 malam di sana.Boleh klik di setiap nama hotel untuk tengok hotel tu.

    1. Cervantes Holiday Homes
    Pic credit google
    Self contain apartment ni ada tiga bilik tidur, dapur, living hall dan parking. Terletak di Cervantes, iaitu 200km ke utara Perth CBD . Attraction around: The Pinnacle Dessert , Lancelin Sand Dunes dan Emu Down Wind Farm.. Yang ni kami book melalui booking.com. Satu malam AUD130. Bayar guna credit card.

    2. Mountway Holiday Apartment
    Pic credit google
    Apartment ni kami booking melalui agent expedia yang biasa kami book untuk hotel-hotel di Malaysia juga. Total cost dalam RM360. Triple room apartment.Self contain apartment di CBD Perth ni untuk kami berehat semalaman sebelum meneruskan perjalanan ke Augusta di Selatan West Australia.

    3. Augusta Escape 
    pic credit google

    Di Augusta, kami akan bermalam di Augusta Escape yang terletak berhampiran Cape Leeuwin Lighthouse. Harga apartment ini untuk satu malam ialah AUD120 lebih kurang RM360. Two room apartment self contain with kitchen juga. Itu yang penting kan? hehehe..memasak sampai ke Australia!

    4. Baileys Serviced Apartment
    pic credit google

    Di sini kami akan stay selama 3 malam, bermula Khamis-Ahad. Booking melalui booking.com dengan rate AUD423 untuk 3 malam. Apartment ni jauh sikit dari CBD city center, tapi the best yang inilah. Takpe, kami bawa kereta, dan CAT bus ada di hadapan apartment ini juga.


    Kereta sewa
     Kami sewa kereta selama 7 hari dari company Aries Car Rental yang terletak berhampiran Baileys Apartment dan  booking melalui website je, dengan rate AUD31 perday. Total belum kira lagi sebab ada sewa GPS dan belum masuk excess damage lagi. Kereta yang kami pilih untuk sewa ialah Nissan Pulsar. Ini lah rupanya yang diberi dalam email, tapi kereta sebenar tak tau lah warna apa. Nanti kami sampai amik gambar sebenar ye.
    pic credit Aries car rental
     Duit Australia Dollar.
    Currency AUD kami tukar di KK sahaja.Tempat yang murah ialah di KK ialah di Warisan Square bersebelahan Center Point, iaitu di sebelah entrance Hotel The Klangan. So far setiap kali kami tukar duit memang kat sini yang paling murah, tapi currency dia agak limited. Kalau di dalam mall Center Point ada 2 je. Wisma Merdeka memang banyak, korang boleh compare dalam tu ada 4-5 money changer juga. Kalau tak silap AUD1~RM2.9 secara purata dan kami cuma tukar sebanyak AUD1500 sahaja, untuk belanja makan, entrance fee, souvenier, fuel dan lain-lain. Kalau tak cukup, duit plastik ada, jangan risau..standby siap-siap call bank di Malaysia sebelum travel.
    pic from my instagram
    Passport dan Visa
    Passport macam biasalah kalau nak ke luar negara mestilah lebih 6 bulan nak sampai expired date.
    Manakala visa pula, dia guna ETA( electronic travel authority) yang kita apply dari Australian Embassy samada melalui online AUD20 atau menggunakan travel agent RM20 sahaja caj nya. So boleh pilih sendiri ye..


    Makanan yang dibawa
    Kalau dah namanya travel dengan kekanak riang tanpa travel agent, haruslah kita kena sediakan makanan sedikit. Lagi mudah kami stay di apartment, memudahkan kerja masak memasak. Apa yang boleh dibawa dan tak boleh dibawa boleh google, yang kami sangat pasti tak boleh bawa masuk makanan berasaskan susu, keju dan telur. Kalau susu formula kanak-kanak tu inshaAllah lepas, dengan syarat membawa kanak-kanak tu skali.
    Arrival card sample boleh tgk kat sini

    Ok, kalau semua dah ready..jom kita travel ke Perth..



    2 comments: