Saturday, April 19, 2014

Darwisy Haziq masuk sekolah darjah 1 :)

Assalamualaikum semua pengunjung blog yang budiman...

Entry pasal percutian banyak juga yang tertangguh. Kerja kat ofis yang berlambak-lambak membataskan penulisan blog..macam-macam yang berlaku dalam hidup kami sekeluarga yang jauh dari saudara mara kat pulau ni.. apa-apa pun hidup perlu diteruskan, kegembiraan hidup pun perlu diwujudkan walaupun kadang kala di sudut hati ada yang rasa tak best..Ye lah kan bukan semua yang kita nak akan kita dapat..Yakin lah Allah lebih mengetahui segalanya..

Sebelum lagi banyak aku dok pot pet pot pet..Entry kali ini aku nak cerita pasal anak bujang aku yang masuk darjah satu awal tahun hari tu..Memang backdated gile lah entry ni. Biar lambat tapi aku nak tulis juga sebagai simpanan kenangan kami sekeluarga.

Haziq kami daftarkan ke sebuah sekolah swasta di sini..Asalnya kami target dapat pindah tengah tahun ni dan kata nya senang berurusan kalau nak berpindah nanti. Selain alasan tu, kami juga nak Haziq teruskan kesinambungan yang dia belajar masa di Smart Reader Kids dulu. Di SRK semua subjek menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kecuali BM lah kan. Memang cepatlah kalau mengira dalam BI. Risau juga nanti dia jadi malas kalau masuk sekolah harian. Lagipun pelajaran kat SRK advance banyak ala-ala macam budak darjah satu atau dua punya silibus. Satu lagi yang utamanya budak ni memang susah nak jaga diri dan barang-barang...huhuhu

First day, papa tunggu jap tengok-tengok Haziq..ok je dia
Sejak dari awal tahun haritu sampai sekarang pemadam dan pensel memang akan hilang setiap hari. Kadang-kadang kalau nak cepat tinggal je semua buku-buku atas meja, bawa je beg kosong balik.Tu belum cerita asik tinggal botol air dan bekal. Adatlah kot anak-anak mula belajar jaga diri kat sekolah kan. Nasib baik lah persekitaran kat sekolah ni ok sikit. Maksudnya tak ada lah yang nak curi kalau tertinggal botol air ke bekal ke buku ke.

Masa persekolahan Haziq ni bermula jam 8 pagi hingga jam 3.30 petang. Antara waktu yang panjang tu akan ada dua kali waktu rehat, pukul 10 dan pukul 12.30 tengahari. Waktu tengahari tu sekolah dia akan sediakan makanan tengahari yang kita dah bayar dalam yuran sekolah. Secara normalnya dan senang penyediaannya diaorang akan masak makanan yang asasnya ayam. Haziq ni memang lah tak makan ayam dan tak suka makan nasi.Jadi, setiap hari mama kena lah sediakan bekal untuk dua kali waktu rehat tu. Tapi ada juga kadang-kadang diaorang sediakan spagetti. Suka sangat dia kalau ada spagetti.
Ni gambar dalam kelas

Panjang lebar cite pasal Haziq ni..huhuhu..rasanya semua ibubapa ada juga cite menarik anak-anak masuk sekolah terutamanya yang darjah 1. Apa-apa pun semoga Haziq dapat belajar melalui pengalaman seharian dan pergaulan dengan kawan-kawan masa kat sekolah. Mama sentiasa bagi sokongan dan doakan yang terbaik untuk Haziq.

Peristiwa nak straight kan duit akhirnya koyak pula..macam-macam





Thursday, April 17, 2014

Happy 4th Birthday Damya Hannah- Princess Theme

Salam untuk semua pembaca yang budiman...
Sebenarnya ini semua backdated entry. Tertangguh disebabkan entry Korea tak siap-siap sampai 4 bulan. Hahaha..Happy 4th birthday princess mama..dah besar pun anak mama yang banyak idea ni..Memang banyak sangat ideanya, tak boleh duduk diam, ada je kerja yang nak buatnya.

Birthday Mya sebenarnya waktu kami cuti mid exam haritu iaitu masa kat kampung atau lagi tepat kat umah sepupu diaorang kat Rawang. Ada juga buat party sikit nak celebrate dengan sepupu diaorang. Tapi tak jumpa mana ntah gambar-gambar kat sana. Dengan Mya pakai gaun flower girl nya...siap ada headband lagi..party macam menu makan malam yang menghimpunkan semua pakcik dan makcik dan of course maktok...Mya memang happy sangat..Kek kami sempat beli dari Secret Recipies je..Ala-ala family gathering ni..Tapi gambar mana ntah. kalo jumpe nanti kami update balik no..

So, yang entry kali ni nak cerita pasal second birthday celebration kat sekolah Mya. Macam biasa, Mya request nak tema princess lah sebab dah besar kan..dulu-dulu boleh la tema hello kitty lah..So, mama macam biasa akan cuba buat kad birthday se kreatif mungkin...mama memang bukan jenis asal siap buat kerja..tapi kalau kerja last minute teruk juga..Hasil meng google, terhasil lah kad birthday Mya camni..


Bentuk gaun princess yang ringkas dan mama memang buat satu kesilapan besar kat situ. Korang perasan tak?Hahaha..tersalah pilih font..Nape lah pilih font camtu je..tak bergaya princess betul..hahaha..tu last minute punya kerja lekat riben guna double sided je..Hubby aku dah marah dah sebab last minute pun sibuk buat yang susah-susah lagi...hahaha...macam la abang tak kenal sayang...kan selau je gini..Kalau tak salah bentuk gaun ni aku dapat idea daripada website www.etsy.com tapi dah lupa part mana, sebab banyak sangat google.



Kek pula memang kami akan tempah daripada kawan kami ni. memang dia ni pandai sangat buat kek dan kek nya pun sedap dengan harga yang sangat berbaloi-baloi. Sayangnya tahun ni dia dah nak pindah, Back for good ke semenanjung. Pening la pula kami nak mencari siapa yang sudi melayan oder-oder kek yang pelbagai kehendak ni. 

Inilah dia, kek princess gaun kembang..hahaha..based dia kek coklat-2 kg


Apa-apa pun harap princess mama puas hati dengan kek idaman dia. Semoga Mya menjadi anak yang solehah yang sentiasa dengar cakap mama dan papa serta patuh ajaran Islam. Insya Allah...Lagi satu cerita yang tak bestnya, semua kek tu kami hantar kat sekolah Mya, Bagi satu bekas mintak sepotong untuk abang dia..ye lah biasanya bagi kek birhday selalu tak abis.Tapi kali ni..hahaha licin..kesian abang dia tak merasa, dapat tengok gambar je...






Wednesday, April 2, 2014

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum semua...

Projek memasak ni memang tak pernah tinggal, cuma masa je kadang-kadang terbatas nak buat semua ni..Macam projek nak buat kek coklat cream cheese ni..Plan nya dah lama sangat-sangat, tapi disebabkan bahan-bahan utamanya tak cukup, tak jadi lah plan nak masak. Kat Labuan ni biasalah, kalau tak ada satu benda tu tak payah lah dirondanya satu pulau, memang tak jumpa. Stok dah habis kena lah tunggu stok tu sampai. Macam cream cheese ni lah, puas aku tunggu. Balik cuti-cuti Korea baru jumpa..Nilah hasil nya.

Sebenarnya, resepi kek ni aku ambil dari blog siti delima ni. Nampak sangat menyelerakan, kak siti delima pun komen bagus-bagus je pasal kek ni. Tu yang buat aku lagi teruja nak cuba..Memang betul pun, best sangat. aku peminat coklat, husband peminat cheese, memang kena la taste kek ni dengan kitaorang. Anak-anak pun suka. Jom layan resepi nya dengan sedikit pengolahan.

 Kek Lapis Kukus Cream Cheese


* Bahan A dan B disediakan dalam bekas yang berasingan

Bahan A (Untuk lapisan tengah-cream cheese):
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara penyediaan :
1. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul sampai sebati.
3. Bersedia untuk bahan B.

Bahan B (Untuk lapisan atas dan bawah-coklat):
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 cawan tepung gandum *
3 sudu besar sebuk koko *
1 sudu kecil baking soda *
1/2 sudu kecil baking powder *
Nota: bahan bertanda* perlu diayak dulu

Cara penyediaan :

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
2. Masukkan air panas, susu dan minyak. Pukul lagi sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati tadi. Pukul sehingga semua bahan sebati.
4. Biarkan sebentar dan bahagi adunan pada 2 bahagian sama banyak. (lebih kurang 2 cawan setiap bahagian)

CARA-CARA :
1. Panaskan kukusan dan balut tutup kukusan dengan kain bersih. Gunakan api sederhana.
2. Sapukan sedikit minyak / mentega di sekeliling loyang berukuran 8x8x3 inci dan alas dengan kertas minyak.
3. Tuang adunan coklat yang pertama, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya ratakan, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit atau hingga masak.
6. Setelah kek betul-betul sejuk, boleh dipotong dan hidangkan.
 

Tuesday, April 1, 2014

16 November 2013- Annyeonghi Gyeseyo Korea Mabuhai Phillipines

Link untuk keseluruhan entry percutian ke Seoul Korea

Persiapan Percutian ke Seoul Korea Selatan
Day 0 : Manila Airport Transit
Day 1 : 11 November 2013 - Manila to Seoul
Day 2 : 12 November 2013 - Lotte World Theme Park Seoul
Day 3 : 13 November 2013 - Nami Island, Namdaemun Market
Day 4 : 14 November 2013 : Part I - Aiins World
Day 4 : 14 November 2013 : Part II : Itaewon - Seoul Mosque, Muree Restaurant
Day 4 : 14 November 2013 : Part III - Namsan/Seoul/ N Tower
Day 5 : 15 November 2013 - Deoksugung, Gwangjang Market, Namdaemun Market

Ok fine..you all dah bosan ke entry Travel Korea kami ni? hahaha
Ni memang dah last entry untuk trip ke Korea kami November 2013.
Seawal jam 4 pagi kami bangun dan siap-siapkan barang untuk perjalanan pulang ke Labuan, dari Kota Kinabalu Sabah,Malaysia melalui Manila Filipina, sekali lagi. Oh panjangnya route kami kan? Hanya orang gigih dan kurang berada macam kami ni sahaja yang boleh travel cara ini..hehehe..tambahan pula dengan 2 orang anak kecil.

Selesai urusan check out di hotel, dengan anak-anak yang masih mamai dan blur serta mengantuk, kami pun bergerak ke Incheon International Airport. Sempat juga kami bagi fridge magnet Malaysia (Kota Kinabalu) kepada kaunter Nine Tree Hotel tu, dan nampaknya receptionist tu sangat happy dan tersenyum lebar pagi-pagi buta tu. Ahjussi teksi tu tolong angkut beg kami yang berpuluh-puluh kilo, rasanya hampir 100kg kot. (oh melampau kan) kata nak travel light..

Dalam perjalanan ke Airport tu, kami nampak juga beberapa pelancong asing seperti kami yang naik bas airport sahaja, tapi takda budak kecil yang ikut travel, so mereka ok je nampaknya. Ahjussi pagi tu agak ramah tamah. macam-macam ditanya tentang percutian kami..sehinggalah tentang negara Malaysia. Driver teksi pagi ni agak educated, soalan yang ditanya tentang Malaysia ialah jumlah penduduk, bahasa rasmi, dan pendapatan per kapita..Oh my..pening juga nak jawab memandangkan pagi-pagi tu otak kami belum warming up. Mujur en Google di teefon kami sudi membantu..hahaha..memang dasar generasi Google lah kita ni kan.

Pagi tu cuaca agak berkabus, dan mereka sangat mematuhi undang-undang jalanraya dari segi had kelajuan. Akhirnya , kami tiba di Incheon Airport. Dan selesai membayar, ahjussi drebar tu dapat last piece fridge magnet Cameron Highlands sebagai cenderamata dan cara kami mempromosikan negara tercinta kita, Malaysia.

Cuaca masih sangat sejuk, sekitar 3-5 darjah Celcius. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memulangkan Pocket Wifi ke kaunter mereka yang sangat jauh. Kaunter mereka terletak di gate yang paling hujung. Lepas tu papa terus ambil wuduk dan solat subuh di tepi escalator sahaja, di mana tempat ni agak tersorok. Selesai check in, kami ke gate dan perjalanan ke gate juga sangat jauh. Masa nak masuk gate, macam biasa kami akan diperiksa dan kami bawa botol air. tapi mereka sangat baik hati, lepaskan sahaja sebab nampak budak comel yang akan minum susu tu nanti. Kebanyakan penumpang lain semua terpaksa habiskan/buang minuman mereka di situ juga.


Jalan punya jalan kami pun sampai ke gate kami. Hurmmm..setiap kali kami travel mesti dapat gate yang hujung-hujung. ya, kami faham bajet traveller naik bajet airlines mestilah hujung-hujung kan.

Setibanya kami, sedang elok mereka calling untuk boarding dan kami pun masuk ke perut pesawat. Bye Korea..Annyeonghi Gyeseyo, Korea Mabuhai Phillipines..
 Pesawat akan meninggalkan bumi Kpop dan kami kembali ke Manila. Dalam perjalanan kami dihidangkan dengan tuna sushi oleh AirAsia Zest, bagus kan? dapat free meal lagi...3 jam perjalanan kami tiba di Manila.

Masa tu lebih kurang jam 12tengahari..memang tengah jammed tahap dewa. Lepas siap ambil luggage kami pon book teksi dan gerak ke Makati, yang ni kami check in dan tidur satu malam di Manila.

Macam biasa, Manila sangat panas, jalanraya 10kali sesak, berhabuk dan maaf cakap, sangat kotor. Sampah merata-rata. Setinggan tak usah cakap lah..sangat pack, dan kanak-kanak mengemis ada di mana-mana. Rasanya lagi teruk dari Jakarta dan Bandung..korang boleh cuba imagine.


Walaubagaimanapun, menghampiri bandar banyak juga kawasan bandar baru dibina dan nampak lebih teratur. Nak dijadikan cerita best lagi, di Filipina pemanduannya adalah di sebelah kiri, jadi kami semua rasa pening dan loya. Mya pula asyik minum air masak tak sudah-sudah sampai pening kepala. Haziq terus tidur. Serius, kami semua pening, mual dan rasa nak pitam. tambahan pula driver teksi tu muda dan asik naik darah dengan jalanraya yang sesak tu. Aduh...sekejap-sejap dia brek mengejut. Kami masih tahan dari muntah, tiba-tiba Mya muntah air dalam cab tu..hahahha..driver tu dah toleh-toleh. Risaulah weh..seat dia kena muntah. Nasib baiklah Mya cuma muntah air kosong..dan ada sedikit je sisa-sisa susu yang dia minum awal pagi tu.

Malam ni kami menginap d Eurotel Makati, memandang next flight kami ke KK ialah jam 9 pagi ahad bersamaan 17 November 214.
Tiba di hotel, kami rasa dah kena kelentong dengan receptionist. Kalau ikut booking di Asiarooms, harga bilik triple  yang kami book ialah RM210 sahaja, tapi mereka caj RM280. Dahlah bilik berabuk, lantai kotor dan katil dengan tilam yang keras..Toilet pun agak berkarat dan cermin kotor. Lagi best bilik kami takde tingkap..Arghhh..nasib baik satu malam je dan pagi-pagi esok kami nak chow balik Malaysia. satu je credit kat Hotel di Makati ni, iaitu terletak di hadapan pasaraya Robinson, bolehlah kami cuci mata dan cari makanan halal  di sini.

Lepas mandi, makan maggi sahaja di bilik, kami ke pasaraya Robinson. Sempat beli tshirt dan jaket anak-anak dan perfume kami semua sebab ada sale. Perfume GAP. Harga barangan di Filipin ni sangat berbaloi. kalau dibandingkan dengan harga di malaysia untuk barang yang setara, memang murah.

Selesai shopping lebih kurang, kami balik ke bilik dan tanak nasi, makan dengan lauk-lauk lebihan travel di Korea, malam tu kami tidur awal sebab bosan. Esoknya kami keluar awal dan alhamdulillah jalan clear, walaupun pada awalnya ramalan pemandu teksi jalan akan sesak sebab penduduk Manila ke gereja pada pagi Ahad tu.

Sampai di Airport, kami masukkan luggage dan terus lepak di boarding hall. Kami cuma makan roti dan maggi cup bekalan kami yang masih bersisa. Tiba masa kami meninggalkan bumi Filipina, menerukan kembara pulang ke Malaysia.

 Tiba di KK, kami mendarat di KKIA2,yang terletak di Tg Aru. . Untuk pulang ke Labuan kami menaiki pesawat MAS, yang teletak di bangunan terminal utama. Akhirnya kami selamat tiba di Labuan jam 4 petang, Ahad17 November 2014. Syukur, genap seminggu kembara kami sekeluarga dan yang paling berharga kami bawa pulang ke Malaysia ialah pengalaman. InsyaAllah kalau ada rezeki lain kali kami akan ke Korea lagi..Filipina?ermmm pikir 10 kali mungkin kami akan ke sana lagi..hahahha..

Untuk link dan rujukan ..para pembaca boleh rujuk/klik link entry sebelum kami. Sekian terima kasih kerana sudi membaca kisah kembara kami ke Korea bersama anak-anak pada kali ini. Akhirnya siap juga keseluruhan entry selepas hampir 5 bulan pulang dari sana. Kalau ada tersalah dan silap harap maaf. Ok lepas ni boleh lah kami update kisah-kisah travel dan anak-anak pula..Oh ya, yang ni pon backdated tarikhnya. jangan marah yer..happy reading guys. Ada pertanyaan boleh email atau komen ye. Bye!