Sunday, October 6, 2013

Kundasang Desa Dairy Farm, Kinabalu Pine Resort dan Tagal Sungai Moroli

Ok..ni entry back dated, sebenarnya kami ke Kundasang dan Ranau hampir 2 bulan yang lepas iaitu pada 21 - 23 September  2013. Kami bertolak dari Labuan pada hari Sabtu, 21 September dan seperti biasa bermalam di Promenade Service Apartment Kota Kinabalu. Di KK kami menjemput ibu mertua dan adik ipar, Cik Finaz serta seorang anak buahku Shafiq. Mereka bertolak dari KL dan akan tiba di KK.

Malam tu kami takde aktiviti sangat, melainkan pegi makan malam di tepi laut sekitar kawasan KK dan ke ParksonPlaza Wawasan yang terletak berhampiran bilik hotel kami sahaja untuk membeli beg troli mak mertuaku yang rosak masa dalam perjalanan ke KK.
On the way ambil family dari KL di KKIA

View of sunset in KK City
Esoknya kami bertolak ke Kundasang seawal jam 8 pagi selepas breakfast di bilik hotel je. Dalam perjalanan kami singgah di rumah terbalik di Tamparuli. Untuk entry kami yang lepas pasal Rumah Terbalik ni korang boleh klik sini.

Beratur tunggu turn nak masuk Rumah Terbalik
Siapa yg terbalik? tandas or the kids?

Ah..pening tak?


Ok selesai sesi lawatan di sini kami meneruskan perjalanan ke Kundasang-Ranau. Perjalanan biasa mengambil masa lebih kurang sejam setengah..tapi tak boleh drive laju sangat sebab kali ni ramai penumpang kereta ni. Dalam perjalanan kami singgah di Pekan Kundasang sekejap. Masa ni ketiga2 orang kanak-kanak ribena tu dah muntah la pulak. Haziq dan Mya ok lagi..diorang muntah dalam plastik, yang si Shafiq tu muntah masa tidur..alahai..kesian dia. Habis baju dia..nasiblah kena sikit je dekat seat kereta dan boleh dicuci sbb kereta kami leather seat.

Kami sampai awal, so tak boleh check in lagi kat Pine Resort. Jadi kami decide terus ke Ranau lunch kat sana. Sampai Ranau semua lega sebab dah berhenti dan dapat rest sekejap. Kesian budak-budak lah travel non stop dalam kereta sampai muntah-muntah.

Lepas lunch kat Pekan Ranau, kami terus ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti.Tagal mengikut bahasa Kadazandusun ialah tak boleh memancing. Maksudnya sungai ini ditagal, jadi ikan yang ada dalam sungai ni memang tak boleh tangkap. Besar-besar ikan tu. Bayaran masuk ialah RM5 seorang selama 15 minit.Kena tunggu turn sebab nanti ikan tak larat nak bagi layanan spa ala-ala VIP. Huhuhu.. Kalau kita pakai kasut takut basah, nak sewa selipar pun boleh.

Ni gambar Sungai Moroli dan orang-orang tengah berSpa ikan
Alahai..nanti sambung cerita.cuci mata tengok2 gambar dulu eh!

Jambatan gantung merentasi Sungai Moroli

Haziq suka la kat sini, tapi bahaya sebab banyak kayu tu dah berlubang-lubang

Mya pun nak jugak naik, mama lah jadi mangsa bawa budak ni..
Lepas puas bagi ikan gigit2 kaki..kami bertolak ke Sabah Tea Plantation. Sabah Tea ni terletak sebelah je dengan Tagal Sungai Moroli ni. Perjalanan nak masuk ke Plantation ni agak teruk. Mungkin disebabkan lori yang keluar masuk membawa keluar daun2 teh.
Bila sampai je kat ladang tu..aduh..menyesal juga..heheheh..memang tak cantik pun view Ok..rasanya sebab dia tanam semula daun teh kat situ. Disebabkan view tak cantik, panas dan berdebu (hahaha memang tak gaya ladang teh pun) gambar pun tak ambil kat sini..

Ni kat Dairy Farm
Perjalanan kami diteruskan ke Kundasang dan naik ke Desa Dairy farm. Seperti biasa, view kat sini memang sentiasa cantik, cuaca sejuk dan tak jemu2 mata memandang keindahan dari atas pergunungan ni. Di kawasan ladang lembu ni telah dibina lebih kurang macam kompleks yang lengkap dengan galeri teampat melihat proses perahan lembu yang dibuat pada pukul 3-5petang setiap hari. Selain melihat proses perahan susu, kita juga boleh membeli susu yang telah siap disteril berperisa coklat. Ada juga dijual aiskrim dari susu lembu dan waffle..
 Sambil2 melihat proses perahan bolehlah minum susu lembu dan makan waffle.


3 sepupu- Haziq, Shafiq dan Mya

Pemandangan gGunung Kinabalu yang cantik dari ladang lembu.




Ok..lepas siap2 minum susu, sanpa2 gambar..kami pun turun semula ke Pekan Kundasang untuk check in di resort kegemaran kami, iaitu Kinabalu Pine Resort. Rate untuk satu malam di resort ni agak mahal..walaupun biliknya hanya menggunakan bangunan kayu. harga bilik yang paling murah kat sini lebih kurang RM180, manakala paling mahal RM280.
 Kami ambil bilik yang pertengahan, dengan diskaun kakitangan kerajaan dapat lebih kurang RM220 untuk sebilik.
Walaupun agak mahal untuk bilik yang bercirikan chalet, tapi kami memang tak jemu2 menginap di sini sebab biliknya bersih dan pemandangan puncak Kinabalu dari resort ni memang jelas  dan cantik.

Mya dengan Shafiq

Pemandangan gazebo di waktu malam dari bilik kami.

Main tanglung pula budak2 ni...

Bunga di waktu malam

Pemandangan gazebo di waktu pagi
Keesokan paginya, kami cuma bersarapan di bilik (macam biasa..bawa rice cooker masak nasi lemak di bilik) hebat kan! hahaha...
Maxcam biasa, kami bergambar di view yang paling cantik di resort ni dan juga taman orkid liarnya. Ok..ni juga tempat wajib bergambarye kawan-kawan.
Tempat wajib bergambar berlatarbelakangkan  puncak Kinabalu..

Bergambar semua ahli rombongan sebelum balik ke Labuan

Cafe/restaurant dan bangunan reception resort ni.

Orkid liar di taman orkid resort.

Tempat wajib bergambar

My mom dengan cucu2..yang atas riba tu manja betul..macam anak nenek pulak hahahaha...

tengok tu..asik atas riba nenek je.

anak mama yang paling manja..

Kami sekeluarga



Di pintu masuk resort

Haaa..bestnya..

Puncak kinabalu..aduh..bila la nak menawan gunung kinabalu ni..insyaAllah satu hari nanti..


bye2 kinabalu..buat kesekian kalinya..



Lepas siap semuanya kami pun bertolak turun untuk pulang ke Labuan, melalui feri dari Menumbok.
Bye kinabalu..insyaAllah..bulan Disember ni bawa family belah en suami pula ke sini..jumpa lagi..