Thursday, June 20, 2013

Kuala Gandah, Pahang, Malaysia- Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Deer Land

Salam buat semua pelawat blog..
Ok kali ni aku nak cerita tentang lawatan kami sekeluarga ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Deerland Kuala Gandah, Lanchang,Temerloh Pahang Darul Makmur.



Tempat parking yang luas tapi panas la kalau sampai tengah matahari atas kepala
Kami ke tempat ni sebab dah lama sangat terbaca dan tengok signboard tempat ni sepanjang perjalanan berulang alik balik ke rumah ibu dan ibu mertua..( pertengahan jalan antara Bentong-Mentakab)

Selain daripada tu, sepupu-sepupu Haziq dan Mya semua dah pergi, kecuali diorang berdua..hehehhe..~ye la..dorang kan dok KL dan Temerloh je..kami dok 'oversea'~ayat penyedap hati..hehehe..

Untuk maklumat lanjut tentang Pusat Konservasi Gajah ni korang boleh la klik DI SINI..
Kami ke pusat ni dari rumah mak aku yang terletak di Mentakab sahaja. Kalau ikut jadual tempat ni, ada sesi ramah mesra (kelakar kan bunyi nya) dengan gajah..i mean..ambil gambar dengan gajah..sentuh-sentuh sikit gajah..and so on dalam pukul 2.30petang.


So kami bertolak dari rumah mak aku lepas siap solat zohor dan lunch. Dalam pukul 1.50petang kami pun memecut dengan kelajuan 90-110km..lebih kurang 20 minit kami pun sampai ke pekan Lanchang. Untuk ke Kuala Gandah kena masuk simpang dan teruskan lagi perjalanan lebih kurang 15km. Kalau korang dari KL, drive ikut Lebuhraya Pantai Timur, exit Lanchang dan terus ikut je signboard.

Dalam perjalanan akan melalui kawasan kampung, dan juga terdapat perkampungan orang asli. Ada juga few homestay, kawasan kolam memancing yang cantik (dah lupa nama tempat tu) di sepanjang jalan nak masuk ke kawasan pusat tu.Masa kami drive tu memang agak was was sebab macam dah tak nampak gaya ada sesuatu yang menarik di hujung jalan ni.Memang hutan je..hehehhe.rupa-rupanya memang ada jumpa akhirnya..nanti korang akan nampak simpang juga untuk ke Deerland di sebelah kanan, dan untuk ke Kuala Gandah boleh teruskan jalan dan akhirnya, tadaaa..dah jumpa Kuala Gandah

Masa hati dah rasa was was sesat tetiba jumpa signboard ni..huhuhu..Alhamdulillah..
.Masa sampai kat situ betul-betul dah 2.30 petang, kami pergi tu hari bekerja, nasib baik lah pengunjung tak begitu ramai, cuma ada 2 buah bas pelajar sekolah, beberapa buah kereta (teksi) pelancong mat saleh. .Lepas parking kami berlari-lari ke kawasan show gajah..masa tu dorang tengah beramah mesra dengan gajah dan kawan-kawannya..sempat la kami bergambar juga.

Masa sampai Mya cuak dan takut-takut nak dekat dengan gajah tu..tapi nak pegang katanya

Haaa boleh pun pegang dalam takut-takut tu..sebenarnya mama pun takut :) tu papa yang bawa
Muka Mya yang cuak sebab ada gajah di belakang dia

papa dengan mya
Mama n anak2~gajah tu bukan la anak mama ye..hehehe
Kami membeli seikat tebu untuk diberi kepada beberapa ekor anak gajah yang berada di dalam kurungan..manakala gajah yang buat bergambar di luar tadi akan di bawa mandi di sungai cetek berhampiran..tengok pelancong asing je yang over excited nak mandi dengan gajah..

Gajah ni lapar sangat, makan tebu dengan rakusnya..Gajah yang sebelah tu siap marah-marah lagi dia tak dapat..Sabo je la
Haziq bawa baju mandi, tapi since papa tak bawa baju mandi..anak-anak tengok je la gajah tu mandi dengan mat saleh tu ek. Semangat betul dorang ni siap dengan swimming trunk dan bikini lagi beratur nak mandi dengan gajah..tak boleh main serbu berjemaah nanti gajah tu mengamuk..

Mandi-manda dengan anak gajah je..sekali turun dalam 10 orang je
Pastu ambil pasir kat dasar sungai tu gosok-gosok kat badan gajah tu..kira kena scrub la gajah tu..huhuhu
 Kami tengok kejap pastu gerak keluar pusat tu. tak masuk pun pusat penerangan dan dan informasi sebab budak-budak dah bosan.

Tengok tu Haziq yang dah mula bosan-bosan
Mya pun sibuk nak ajak balik

Ni Pusat Informasi tu..kalau tak salah ada tayangan video tapi tak tau pukul berapa
Depan Pusat Informasi tu ada gajah color-color
Kami pun meneruskan perjalanan ke Deerland. Masa kami sampai ke Deerland ni, memang tak de pelawat pun. Bayar RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Dah sampai pun Deerland..Kejap anak-anak, mama beli tiket
Then ada sorang budak guide yang akan bawa kami masuk ke untuk melawat rusa dan bagi rusa ni makan. Kami diberi sebekas keledek yang di potong jejari untuk disuap kepada rusa-rusa yang ada di situ. Rakus betul rusa-rusa makan..hehehehe..habis bagi rusa makan ,kami pun melawat di dalam sekitar kawasan Deerland tu.
Eish..mana rusa ni..Haziq gi panggil
Lapar sangat rusa ni
Mula-mula yang ni yang datang
Mengikut budak guide tu..ni rusa dari Indonesia..kecik-kecik badannya
Banyak lagi kat tengah-tengah kawasan tu..siap bunyi sahut menyahut bila nampak kami
Macam ancaman je kita ni..takut jugak..tapi selamat je sebab semua dalam kawasan berpagar
 Jalan-jalan dalam tu kami tengok la macam haiwan eksotik selain rusa..ada ayam, burung, kucing yang comel-comel juga dalam ni..ada juga hegdehog yang sangat comel...itik-itik comel pun ada..pendek kata semua yang comel-comel la..Haziq dan Mya sangat excited di sini..kami agak bosan..tapi takpe yang penting anak-anak enjoy. Kalau korang kat sini jangan lupa bawa mosquito repellent ye..sebab kawasan ni memang berhutan dan banya nyamuk..tergaru-garu anak-anak aku di situ..

Haaa...ni rusa Malaysia..badannya tegap-tegap dan besar
Ni pulak rusa Taiwan..badan rusa ni ada bintik-bintik
Ada burung unta juga nak mintak makanan
Ni pula kancil..kecik sangat rupanya sang kancil yang popular ni..besar sikit je dari kucing..first time aku tengok ..
Ada seekor ular albino tgh memproses(membaham) ayam. Aduh..loya betul tekak..rasa nak termuntah di situ juga..dia telan sekor ayam slow-slow..Budak guide tu tanya kami nak tak pegang ular tu..then we say no thanks..geli ok! hahahah..
Ni lah ular tu..huhu..memang geli la
Habis tu kami pun balik. Dalam pukul 4.30petang (kejap je kan?) kami pun bertolak balik ke Mentakab dan singgah di Mentakab Star Mall sebab nak makan aiskrim dan ke kedai buku Popular..

Kesimpulannya, trip ke Kuala Gandah dan Deerland di Lanchang ni sangat menarik dan berbaloi..

15 comments:

  1. wow~~ best nya.. bila ada masa nak try pi sini la :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  3. Thanks for the info..I plan dgn family otw balik Jengka..raya haji hie

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambatnya reply..ehhehe..pegi tau, tapi jgn lambat sgt, nanti rami sgt pelawat..jem plak..

      Delete
  4. Jangan lupa makan nasi dengan lauk asam tempoyak ikan patin. Char kuey teow temerloh katanya sedap tapi kat mana? Info Kuala Gandar menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau makan tempoyak patin kat rumah mak je..mak saya masak patin mmg terbaik..charkueyteow taktau lah sebab dah lama tak tinggal di temerloh..sejak lepas form 3, masuk U, kerja then kawen balik kampung temerloh sekali sekala sahaja..

      Delete
    2. Char kuey teow temerloh...emm kat restoren GOBANG...!!!! betul2 dpn trafic light bawah jmbatan...sblah petron stesyen...sblah klinik kesihatan temerloh tp sungai pon ada gak.....

      Delete
  5. wow macam best jer tengok gambar,masuk kena fees tak?

    ReplyDelete
  6. Kat sini tak kena byr..byr utk beli makanan bg kat gajah je

    ReplyDelete
  7. Jom la sinngah ke homestay mama yang berada di Mentakab. dekat jugak nak pergi kuala gandah

    ReplyDelete
  8. Jom la sinngah ke homestay mama yang berada di Mentakab. dekat jugak nak pergi kuala gandah

    ReplyDelete
  9. Homestay apa dekat dengan sini

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.
    berapa hg tiket masuk?

    ReplyDelete