Thursday, May 30, 2013

Johor Bahru, Malaysia - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : Part 2

Sebelum balik tu, kami singgah kat UTM.
"Ni tempat apa papa? " Haziq bertanya.
"Tempat papa belajar dulu sebelum papa kerja " Papa jawab.
"Ooo, nanti Haziq pun nak belajar kat UTM jugak lah"

Sabor je lah Haziq ni..Sebenarnya mama xpernah sampai kat UTM ni. Selalu sangat dengar cerita best2 pasal UTM (best ke?) hahaha.. papa yang cerita mestilah best ye...
Cerita pasal fakulti kat atas bukit, pasal rumah sewa masa belajar dulu lah macam-macam lah..
Eish, nak cerita lebih-lebih pulak kang salah fakta pula...Ni gambar yang sempat kami snap

Ni rumah sewa lama papa dulu kat Taman

Pintu masuk UTM

Pintu Gerbang UTM

Masjid

Ni Kolej Kediaman papa dulu

Kat K22


Kami nak ke Fakulti Kejuruteraan Kimia

Ni lah dia..Betul namanya fakulti atas bukit

Papa melepaskan rindu kat fakulti..huhu

Model yang masih ada dari dulu lagi

Haziq tolong snap gambar kami



Memang terbaek katanya..hahaha

Wednesday, May 29, 2013

Johor Bahru, Malaysia - Puteri Harbour (Hello Kitty Town, Little Big Club, Lat's Place) : Part 1

KAWAI!!!



Foto-foto dari PICTURE AIR..
apa dia PICTURE AIR ni? boleh baca lagi dalam entry ni ok..

Hai..salam buat semua pengunjung blog.Nampaknya..sebulan sekali la pula update blog ni.tapi takpe la..janji update kan.Actually bulan Mei setiap tahun merupakan cuti panjang kami suami isteri sebab berakhirlah sesi pengajian pelajar kolej setiap tahun. Disebabkan kami cuti panjang maka, anak-anak pun akan ikut bercuti, walaupun pada masa ni lah sekolah2 sedang sibuk menjalankan peperiksaan pertengahan tahun.Tapi apakan daya kami, kalau tak buat macam ni alamatnya tak bercuti la kami sekeluarga.


PERINGATAN : Entry penuh dengan gambar2..kalau rasa nak termuntah jemu boleh skip je...baca tulisan je ye..hehehee

Seperti kebiasaan, bila dah cuti panjang, maka panjang lah langkah kami..(walaupun bukan melangkah, travel naik kereta, flight etc...) hehehhe..

Kami akan balik ke Semenanjung Malaysia dan masa kat sini plan2 cuti akan bercambah. Cuti bulan Mei tahun ni juga akan ada satu event yang sangat besar dalam family besar Papa Haziq n Mya, iaitu Majlis perkahwinan Acu Yan, iaitu adik bongsu Papa Haziq n Mya. Ok yang ni pun nanti akan diupdate entry tentang majlis kenduri di Rawang dan Bentong.Tapi tak tau lah bila..hehehhe.

Exit skudai from PLUS highway
Bangunan MPJBT otw to JB City along Skudai Road
Plan kami ke JB selain dari ada urusan yang perlu diselesaikan ialah bawa anak2 ke Puteri Harbour yang terletak di kawasan Nusajaya Gelang Patah, satu kawasan dengan Legoland Malaysia yang sangat famous tu. Tapi kami memang tidak plan ke Legoland, atas beberapa faktor seperti malas beratur panjang, cuaca panas dan anak2 masih kecil, termasuklah kepuasan bermain di Disneyland November 2012 yang lepas masih ada..hehehe..

Kami menginap di Hotel MSuite Johor Bahru yang terletak di Jalan Skudai, beberapa kilometer dari Bandaraya Johor Bahru. Hotel MSuite ni kami pilih sebab lokasinya yang tidak berada dalam kawasan bandar yang sibuk, bilik yang luas, harga yang berpatutan, ada sarapan pagi dan yang paling menarik hati ialah kolam renangnya yang sangat mesra keluarga dan ada 'Cendawan Air' dan gelongsor air...wah..memang betul2 menarik kolam renangnya tu. Budak berdua tu termasuklah papanya memang enjoy habis.

Tapi bilik hotel ni sgt luas kalau untuk dua orang sebab dia ada dry kitchen. Katilnya pula sangat lama..tilam berbunyi2 bila beralih masa tidur. Tapi kalau korang ambil bilik yang up sikit memang fully refurbish..nampak sangat menarik.Since bilik yang kami book tru Agoda ni sangat murah. Tapi takpelah..untuk tidur waktu malam je pun..

Signage of MSuite Hotel (yang selamat datang tu)
View dalam bilik hotel


Lepas kami check in, kami makan di Medan Selera Sg. Chat lebih kurang 1 km dari hotel menghala ke JB. Oh..makan yang ni terkejut sekejap kami, sbb makanannya tersangatlah pedas. Kami order Tomyam, ikan masak 3 rasa, sayur campur dan nasi putih.

Order sampingan kami ambil tauhu bakar yang sgt famous di JB ni dan otak2. Lauk2 sgt pedas, sampai papa pun tak tahan, apalah lagi Mama dan anak2...Kesian Haziq, peminat tomyam yang berusaha sedaya upaya nak menghirup tomyam tapi tak berjaya, sebab terlalu pedas..

 Malam tu habis makan, kami ke Danga Bay, ada funfair, budak berdua ni sibuk sangat nak masuk, tapi kami dah penat, dan tgk permainannya pun mcm membosankan..so kami balik bilik dan terus zzzz...mengumpul tenaga untuk hari esok, ke Puteri Harbour.

sibuk di funfair Danga Bay
Muka cebik sebab tak dapat masuk funfair..
Keesokan harinya kami breakfast di Myra Cafe(complimentary breakfast). Makanannya boleh tahan banyak juga pilihannya. Ada bijirin, western breakfast, malay cuisine  dan lain-lain. Puas hati juga la breakfast. Pagi ni kena makan kenyang-kenyang sebab nak pegi jalan nanti tak payah pikir pasal makanan sampai la lunch time nanti.Lepas breakfast sempat juga kami ke swimming pool nya yang ada kids pool ..tgk tu, ada hujan cendawan air(warna merah tu) ada juga gelongsor air di kolam kanank2. Gelongsor di Kolam dewasa masih dalam pembinaan. tapi gelongsor kanak2 ni pun boleh tahan gak lajunya..hehehehe...selesai mandi manda bersiap2 ke Puteri Harbour.

Sebelum tu sempat lagi berposing-posing di lobi hotel yang sangat luas..
Ada sofa dan bunga besar
Anak2 dah tak sabar
Tengok tu..luas kan..hujung sana tu reception counter
Susunan kaca membentuk arca di dinding
Ok, perjalanan kami bermula ke Nusajaya melalui Gelang Patah. ada Highway yang sangat mudah, ikut je signboard dari JB City ni ke arah Nusajaya.

Ok..ni Screen shot perjalanan kami (credit to Google Map)
Signage yang sangat membantu..ikut je..
Akan nampak simpang ke Legoland
Tapi kami tak masuk pun ke Legoland..terus ke arah Puteri Harbour


Ok, kat sini ada 3 main attraction, Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town, dan Lat's Place.

Di pintu masuk utama ni lah tempat beli tiket. Kalau nak pergi Hello Kitty Town di Level 2 sahaja, harga tiketnya kalau tak silap ialah RM55.
Untuk two park pass, termasuk Big Red Club di Level 3 (Thomas, Barney, Pingu, Bob The Builder) harganya RM85 untuk dewasa atau kanak2.
Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh buka website ni... Hello Kitty Town Malaysia

Sebenarnya kami buat surprise untuk mya, since dia suka sangat Hello Kitty, kali ni..kita ke Hello kitty Town..hahaha..ternganga minah ni masa sampai tu..Haziq ok je..semua pun boleh

Posing dulu
All right, lepas dah beli tiket barulah kita boleh masuk,  ke Hello Kitty Town di Level 2
Ok lets check in!
Entrance Hello Kitty Town ..sila abaikan "aksi Pluto" Haziq tu hehehhe
Cup n saucer yang memeningkan kepala..tapi comel giler
Ok..ni ada video..kalau korang boleh buka tgk lah ye..best kan..comel2 cawan dan piring ni..utk game2 ni..mmg unlimited, boleh main berapa banyak kali yang korang suka..takde limit2.
 

Walaubagaimanapun utk aktiviti seperti melawat rumah Hello Kitty, Nail Saloon, Jewellery Making, Cookies Decorating Class, dan Black Wonder ( misi menyelamatkan Hello Kitty dari Kuromi)..yang ni mesti ada kad,(kad aktiviti akan diberi semasa kita beli tiket) setiap pengunjung boleh masuk sekali je..Kalau dah masuk dia akan cop pada kad aktiviti tu..so tak boleh masuk dah untuk kali kedua..tapi yang permainan2 yang lain di Hello Kitty Town ni boleh main banyak kali ...suka hatilah berapa kali korang nak main...

masa nak masuk tu dia akan cop tanda dah masuk..

terpegun di HK Town
Tempat meet n greet dgn Hello Kitty nanti
Dalam rumah Hello Kitty, di ruang tamunya...
Jom kita tengok ada apa dalam rumah Hello Kitty ni!


Ni area living hall

Hahaha..ni bilik mandi dengan dapur..siap masuk dalam bath tub lagi budak2 ni..bathtub pun bentuk kepala HK

Ni pula dalam bilik HK. Ada aksesori dengan baju HK yang keras tu

Dalam pukul 2 ptg tu ada sesi fotografi dengan HK dan Dear Daniel. Sambil tunggu tu lah kami ronda2 dalam rumah HK tu..memang tak ramai orang sebab weekdays..beratur sekejap dah dapat ambil gambar..


Dengan HK dan Dear Daniel
Ok, masa korang bergambar kat sini nanti akan ada team Picture Air yang akan ambil gambar guna kamera diaorang skali, then dorg akan scan codebar yang ada pada wristband kat tgn kita tu..masa balik nanti boleh beli gambar yg dia akan siapkan print dgn frame yg cute. Yang best, dekat situ dia akan upload terus gambar tu di website mereka.Masuk website boleh klik  SINI, create username, activate then kita boleh akses gambar tu dengan kod gambar yang diberi pada setiap gambar yg dorg print tadi. So kita akan dapat softcopy gambar kita skali selain hardcopy. Yang kat atas entry ni, 3 keping itu la gambar2 dari Picture Air.


Sedang check activity card untuk masuk Cookies Decorating Class
 Cookies Decorating




Selesai cooking decorating class kami bergerak ke Wishful Studio. Kat sini ada jelewellery making, nail parlour dan juga bergambar dgn costume HK and the gang..
Takde org pun...Mya dgn Haziq je..
Jewellery making dgn nail parlour..




then bergaya dengan kostum Hk and the gang, background hijau ni akan diedit menjadi gambar mcm kat atas tu (gambar 3 keping di awal entry ni)..comel tak?






then haziq n Mya main2 kejap dekat Friendship Playground ni..ada permainan sembur2 bola enjoy gak dorg kat sini..sebelum kami masuk utk misi menyelamatkan HK dari Kuromi..


Seterusnya kami ke HK Black Wonder, kat sini akan akan menjalankan misi menyelamatkan HK dari Kuromi, dengan menyelesaikan word puzzle yang simple dengan mencari huruf2 membentuk password tertentu dari setiap kawasan. kalau berjaya akan dapat sijil..dan kami misi kami berjaya!
bergambar sebelum memulakan misi menyelamat HK
Dlm ni gelap dan horror..Mya takut je..



yEs!!
Lepas Black Wonder, kami tgk live perfomance dari HK and friends..dkt open stage dia..mmg happening habis la..budak2 semua terpegun..heheheh
Habis tu kami naik ke level 3, kat sini ada Thomas, Angelina Ballerina, Pingu, Barney dan Bob The Builder.. Tapi Haziq n Mya tak berapa layan stage show barney dan Thomas, sbb dh penat kot, plus lapar..tapi kat Pingu, Angelina dan Bob The Builder ada aktiviti so dorg ok sket la..
tapi untuk studio Angelina kami malas dah nak tunggu..sbb lambat..Mya berlatih ballet sorg2 je..