Friday, November 30, 2012

Percutian ke Hong Kong : Day 2 - 14November 2012


Day 2

DAY2 14 November 2012

View along Nathan Road from our hotel to Star Ferry Pier Tsim Sha TSui

Hari kedua ni kalo ikut itenary kami nk gi madam tussauds n sky terrace kt the peak..mula2 plan nk gi MTR Central naik MTR dari Prince Edward ni..tp kitaorg ubh plan naik bas dpn hotel gi star ferry pier TSim Tsa Tsui ..pastu naik feri dlm 15 min smp kat star ferry pier Central.

Atas feri ke HK island


..reason ubh plan : kitaorg malas nak jln kaki naik ms nak gi the peak tu nti..turun je ferry cari signboard bas 15C..mmg terceruk je...kuar feri cr yg sblh KIRI ..melilau2 juga cr sbb jumpe tpt jual tiket utk ke sn tp bas no 15 ( yg tu sblh knn lps kite kuar ferry)..kalau naik bas 15 akan sampai The Peak terus tanpa naik tram. bas 15C akan bawa kita ke terminus the peak tram.Naik bas 15C dlm 10 min gitu smp dah..dlm kol 10.30 pg..since kami dah ada tiket, terus naik tanpa perlu beratur panjang.

Kaunter bas 15C





Gambar atas ni la kaunter Bas untuk ke The Peak terminus, kalau korang perasan arrow bas 15C pointed ke kiri. 
Dalam tram ke The Peak
Haziq dengan William Shakespear

Damya dengan Aaron kwok

Be careful kids..tinggi tu..
The brave Damya with HK city background
Sampai kat atas, buat apa2 yg patut,shoping,amik gambo,turun dlm kul 12.30 tghr.Lepas turun, kami jalan menuruni bukit, lintas depan bank utk naik ding ding tram ke tonnochy road, hentian no 47E. Sampai je 47E, kami melintas jalan tu, terus lalu celah bangunan, then naik tangga, jumpa wan chai street yg kecik tertulis 7E, pastu terus lagi,belok kiri jalan jumpa lah Masjid Ammar.Terus ke canteen utk lunch..lapar gile..Makan dimsum,sy suka yg goreng n kukus punya pun not bad ada juga sambal cili kering minyak yg dia bagi.. Yang tu ya ampun pedas menyengat..Selain tu kami makan nasi, kari daging ( tak best sgt, rasa mcm maggi kari)..sayur kailan,dimsum,pau..semua rasanya dlm rm100 gak kot.tapi tak habis makan sbb askar kenit yg sorg lagi tu tdo. Selesai makan masa kami g solat baru lah terjaga,
Pintu masuk Masjid Ammar

Dim Sum
Perjalanan diteruskan untuk ke Stanley Market.hehehe..yg ni mmg best.Pasar Stanley ni terletak paling selatan di pulau HK.so korang boleh bayangkan betapa jauhnya nak ke situ.dekat sejam gak.oh ya, utk ke Stanley, kami amik dingdingtram patah balik ke central utk ke exchange terminus(stesen bas ler tu) utk amik bas no 6.tapi takde plak..nampak je bas no beratus2..ntah berapa no bas ni.naik bas, ..lama sgt last stesen baru sampai..mmg hazab dlm bas,jalan bengkang bengkok.siap jumpa Ocean Park, Repulse Beach. Repulse Bay umah Jackie Chan ke hapa ta..pastu ada la nampak kondo2 yg berlubang2 tgh2 blok tu utk membolehkan angin taufan melaluinya kalo taufan.(ntah ye ntah tak).dalam bas ni plak, hero no 1 plak tido..adoi...masa turun bas kena la papa mithali dukung dia.berat weh..20 kg ada kot.Nasib baik ada bawa stroller umbrella si adik punya. umbrella stroller( beli kat Toy R Us je.,sgt ringan boleh bawa budak sberat 20 kg hahaha..so si abang tdo la pulak dlm stroller.
Inside Dinding tram
Masa kami sampai Stanley Market tu dah dekat maghrib, around 5pm.jalan jalan..fridge magnet HK yg seramik tu boleh dapat $HK100 utk 10biji. cari kedai yg hujung2.. yg depan2 eksyen sket.. :) pastu jalan sampai nampak Murray House..amik gambo, beli tshirt .Tiba2 terjumpa bekas ketua menteri dan TYT Sabah, Tun Sakaran Dandai. dia pegi dgn rombongan cikkiah..hehhee..itu pun cucu dia kot yg nampak kami ni org mesia, terus Tun Sakaran tegur we all.kalo aku nak tegur mmg segan.siap amik gambo, bersalam2 tanya kabor.



Haziq dah zzzz..Damya msih bertenaga shopping..tgk tu..
Pastu da malam..sebelum balik beli buah ceri yg sgt comel..mcm buah plum tu.murah kalo compare dgn tpt lain.beli 1lb rasanya HKD68 kot.sedap weh..sbb tak jumpa makanan lain kat sini.buah je yg boleh makan.pastu naik balik bas kat stesen bas stanley tu.masa nak balik jalan agak jem..penat giler,budak2 asik gaduh sbb lapor la tu.soh minum susu dh takmo.turun kat Central, pegi stesen MTR admiralty, naik tren ke Prince Edward semula.second day ni mmg dah flat abis..rasa2nya kalo pack jadual, tak sesuai ke stanley market ni,.mmg sgt mencabar perjalanan dgn ank2 kecik ni.sampai hotel malas nak keluar dah,makan apa yg bawa dari Malaysia je.maggi, nasi serundng.pastu penat zzzz....tamatlah perjalanan di hari kedua.
Dgn mantan TYT Sabah Tun Sakaran Dandai

Saturday, November 17, 2012

Percutian ke Hong Kong : Day 1 13 November 2012

DAY 1 : 13 Nov 2012

It is nice n happening here. Arrive 9am, setel luggage n imigresen, terus proceed utk beli octopus HKD150 for adult,kids half price.

Naik train untuk ambil beg
Then we proceed to makan kat popeye HKIA (sebab dalam flight naik from Filipines,takut tak halal foodnya.) popeye kami HKD136??mahalnyer..)nasib la ko halal..kalo tak, memang takleh popeye ni survive kot. Makanan dia so so je if compare to KFC.

ni la makanan nya..ayam, roti, fries, ns putih kosong n air..


Pastu pegi ambil luggage kat T2 HKIA,signage memang byk dan lengkap, polis2 depa pun sangat membantu.don't worry.
Haziq happy je dalam bas..
Kami naik bus S1 to Tung Chung Station, sebab nak pergi Ngong Ping 360 (NP360). Kat sini kami que sejam, askar 2 orang tu dah mengamuk berebut stroller dan merengek2,my doter 2yrs,son 5yrs. Pening kepala kami..depa nangis masa que panjang tu.que berlingkar2 okay..hehehe..macam nak putus asa je, memandangkan lain kali tak nak dah pergi NP ni, kami kuatkan semangat gak. Masa nak naik atas, kami amik crystal cable car, masa turun plak guna cable car biasa, HKD400++ rasanya kos semua skali..
Kaunter tempat beli tiket cable car- Haziq pula tido
Mya asik berbaring sepanjang naik crystal cable car Ngong Ping 360
Kami sekeluarga dalam cable car
Time ni cable car melalui hutan-hutan..huhu..kaki kami empat beranak

Bila sampai kat atas, kami kena trap dengan gambar yang diaorg snap kat bawah tu, satu set beratus-ratus RM, bengong kan?
Ada gambo yang siap dicuci, snowball NP360(yang dah siap ada gambar kita masa nak naik tadi ) dan keychain dalam set tu..
Masa ni my son dah tergedik2 dgn snowball tu..layan je la. amik seketul tu, harganya HKD290! korang convert la sendiri...bongok kan?

Kat atas NP
Kat sini kami duduk2 minum air yg dibawa bekal pastu turun semula. Actually kat sini pon ada restoran halal, Ebeneezer Kebab, tapi hati kami dh meronta2 nak balik hotel, sebab kepenatan que kot..hahaha..
Snap gambar ni dari dalam cable car je
Big Buddha tu pun tak berminat nk pegi sebab kena jalan kaki lagi jauh lagi ke sana.
By the way tak berapa berminat kat sini..dalam kepala just nak naik crystal cable car tu yang lebihnya..hehehe..
View masa turun dari atas NP
Perjalanan diteruskan.Kami turun semula ke Tung Chung station dan naik bas S1,ke airport untuk ambil beg dan naik bas A21 ke hotel.Bas ni berhenti betul2 depan lobi Metropark Mongkok Hotel.
Dah settle urusan check in, en hubby  ke Dinding Travel Agent, di Sun Hing Building Level 14. Kami yang lain masuk bilik dan rehat. Sun Hing Building ni area Mongkok dekat dengan HSBC building. Beli tiket combo the peak, untuk keesokan harinya...total harga tram,sky terrace, Madame Tussaud HKD180 sorang.Lepas rehat solat dan makan, pukul 6 kami ke Avenue of Stars.

Tapak tangan Andy Lau..area Avenue of Star
Area avenue of Star

View of HK island from avenue of star

The red Junk! bukan sampah tau

Cuaca just nice..suhu around 24 degree.tak ujan so far, tengok weather forecast pon ok je esok.adeh..penat nya nak menaip.


Haziq at MTR station

Aik..how come cat with the bone?


Monday, November 12, 2012

Clark, Philipines( Transit dari Kota Kinabalu sebelum keHongKong)12November 2012

12 November 2012

Perjalanan kami ke Hong Kong melalui Clark, Philipines yang kami transit semalaman..Kami dari Labuan ke Kota Kinabalu jam 9.30 pagi kemudian ke Clark jam 2.30 petang. Perjalanan ke Clark mengambil masa 1 jam setengah..

Sampai di airport DMIA ( Diosdado Macapagal International Airport), kami menunggu shuttle dari hotel yang kami akan stay malam ni..iaitu Rumi Apartelle..Lebih kurang 15 minit menunggu, sampai la Toyota Innova hotel tu..sepanjang perjalanan dari DMIA ke hotel di tepi jalan2 tu memang berderet2 pub, foreigner xpayah cakap la...bersepah2.. sabor je la..Kat sini pemandu kenderaan kat sebelah kiri ..rasa janggal lak..kadang2 tersasul gak en Hubby nak naik sebelah pemandu..

Sampai di bilik hotel, lepas letak barang2 kami solat dan rehat2..lepas solat maghrib dan isyak,baru kami naik shuttle hotel yang free untuk ke SM Mall..SM mall merupakan rangkaian mall terbesar di Philippines.
Kami jalan2 dan window shopping sahaja di sini, lebih kurang 3 jam..Kedai makanan yang biasa macam Pizza Hut, KFC,Kenny Rogers, Secret Recipe dan beberapa rangkaian restoran makanan segera tempatan, tapi memang TAK boleh masuk.sbbnya dia serve ham (pork).
Kami ke hypermarketnya dan jumpa beberapa barangan yg halal, beli la sikit,buah2an pun byk.Target utama of course la mangga pilipin..

Setel kat sini pastu balik..xboleh lama2 coz nanti penat untuk bertolak ke Hong Kong pagi2 esok tu..ok..enjoy the photos...

DMIA Epot
Mangga Pilipines yang terkenal..sedapnya
Jeepney..public transport yang terkenal kat sini

Sempat lagi lawat bahagian sayur2 kat mall ni
Cuba teka dia jual ape tu...huhuhu
Kat mall ni pun ada jual kelapa parut..siap ada mesin kelapa lagi :)




Mya n Haziq naik ni..comel betul.. dlm SM Mall ni ada benda ni..


Dkt Mall tu juga




A very big santa..preparation for christmas..one of their biggest celebration..


Inside the Mall


Oh my cutie pie..aren't they super cute?


Tuesday, November 6, 2012

5th Birthday- Darwisy Haziq

17 October 2012 yang lepas, genap la usia boboiboy mama ni 5 tahun. Kali ni birthday Haziq buat kat skool je. Tema tahun ni, Haziq request nak tema boboiboy.. xde la sgt boboiboy nye.. setakat kek dengan label air mineral dengan plastik letak epal..

Mama buat satu pembaharuan ( xtau la baru ke tak utk org lain) untuk goodie bag.. malas nak bagi budak2 makan gula2 so kali ni diaorang dapat epal dengan air mineral jenama haziq boboiboy...
Label mineral water birthday boy
tiup lilin di sekolah

label mineral water n apple..